SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
 

SYARAT-SYARAT AM

A.Pemohon hendaklah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

B.Pemohon adalah dipelawa daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan sahaja (Bagi iklan menurut Peraturan 38 sahaja).

C.Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

D.Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.


WARGA PERKHIDMATAN AWAM

1.Sentiasa memastikan maklumat awda di dalam Rekod Perkhidmatan GEMS adalah tepat dan terkini.

2.Permohonan yang telah dihadapkan akan disalurkan terlebih dahulu secara online kepada Pegawai Penghubung atau PoC Kementerian/Jabatan masing-masing.

3.Pegawai-pegawai kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

4.Bagi  pegawai-pegawai kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.

5.Pegawai Penghubung atau PoC adalah bertanggungjawap bagi menghadapkan pengesahan serta laporan sulit bagi pemohon di Kementerian / Jabatan berkenaan.

6.Bagi melihat dengan lebih lanjut mengenai tatacara permohonan bagi warga perkhidmatan awam sila kunjungi halaman utama www.recruitment.gov.bn dan klik PDF Panduan Pengguna Warga Perkhidmatan Awam diruangan Quicklinks.


TATACARA PERMOHONAN
5 langkah mudah:
Langkah 1: Pastikan awda mempunyai akaun e-mel yang aktif.
Langkah 2: Mendaftar dan aktifkan akaun e-Darussalam.
Langkah 3: Daftar masuk ke www.recruitment.com
Langkah 4: Lengkapkan profil PSC Recruitment sehingga 100%.
Langkah 5: Dihalaman utama PSC Recruitment, klik View All Advertisements dan klik Apply pada jawatan kosong yang dipohonkan seterusnya klik OK.

PERINGATAN:

Untuk mengelakkan permohonan awda ditolak, maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muatnaik ke dalam profil awda: Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Sijil-sijil berserta kelulusan transkrip yang dikehendaki oleh skim iklan dan juga pengesahan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri.

•Panduan-panduan berguna boleh didapati di ruangan Quicklinks- Portal PSC Recruitment.