MAKLUMAT DI DALAM GEMS

​1. Adakah saya boleh mengubah (edit / change) maklumat-maklumat yang diekstrak dari GEMS? 

 
  • ​Awda tidak boleh mengubah mana-mana maklumat yang diperolehi (extract) daripada GEMS.   Awda hanya boleh mengisikan dan / atau mengubah maklumat di Bahagian Pendidikan dan Kelulusan sahaja.  Jika awda mendapati maklumat awda yang diperolehi daripada GEMS adalah tidak lengkap atau tidak betul maka awda hendaklah dengan segera merujuk kepada pihak pentadbiran kementerian / jabatan awda untuk membuat pembetulan, mengemaskini maklumat awda dan sebagainya.

 

2. Bagaimanakah jika saya sudah memaklumkan kepada pihak pentadbiran kementerian / jabatan tetapi masih belum dibetulkan atau dikemas kini?

  • Awda perlu memastikan dengan pihak pentadbiran kementerian / jabatan awda untuk membuat pembetulan atau pengemaskinian ke atas profil awda di dalam GEMS, jika tidak awda mungkin terlepas peluang untuk diperakukan (shortlisted) mana-mana jawatan yang awda pohon dan layak dan permohonan awda akan tertolak dan pihak Pejabat SPA tidak akan dipertanggungjawab jika keadaan tersebut berlaku. 

 

3. Adakah warga Perkhidmatan Awam yang sebelum ini pernah mengisikan borang SPA1 dikehendaki melengkapkan data peribadi sebelum dapat memohon pekerjaan melalui Online Recruitment System?

  • Ya, semua warga Perkhidmatan Awam juga dikehendaki untuk melengkapkan data peribadi (My Profile) di dalam sistem itu nanti kecuali data-data pekerjaan dengan Kerajaan (rekod perkhidmatan) akan diekstrak daripada maklumat yang dikemas kini oleh jabatan / kementerian di dalam GEMS.

 

4. Apakah akan terjadi jika pemohon tidak memiliki Rekod Perkhidmatan GEMS yang lengkap dan kemas kini?

  • Proses perakuan bagi semua permohonan akan dibuat secara online menggunakan sistem di dalam portal Online Recruitment.  Oleh itu, syarat-syarat kelayakan pemohon adalah berdasarkan maklumat profil mereka yang terdapat di dalam sistem ini. Jika pemohon tidak memiliki Rekod Perkhidmatan yang terkini di dalam sistem GEMS, maka ini mungkin akan menjejaskan kelayakan mereka sama ada dari segi syarat kelayakan akademik mahupun dari segi tempoh pengalaman kerja mereka dan seterusnya mereka tidak akan diperakukan bagi jawatan tersebut. Oleh itu, pemohon adalah diperlukan untuk memiliki Rekod Perkhidmatan GEMS yang terkini.

 

5. Bagaimanakah caranya untuk mengemaskini Rekod Perkhidmatan di dalam sistem GEMS?

  • Rekod perkhidmatan di dalam sistem GEMS pada kebiasaannya dikemas kini oleh Bahagian Sumber Tenaga Manusia atau Bahagian Pentadbiran di sesebuah kementerian / jabatan.  Oleh itu, pemohon haruslah berhubung dengan bahagian yang berkenaan untuk memastikan Rekod Perkhidmatan mereka sentiasa dikemas kini dan segala maklumat di dalamnya adalah lengkap dan tepat.

 

6. Adakah permohonan bagi warga Perkhidmatan Awam perlu melalui Ketua Jabatan seperti lazimnya?

  • ​Ya. Permohonan bagi semua warga Perkhidmatan Awam hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing seperti lazimnya tetapi di dalam sistem Online Recruitment, permohonan akan dihadapkan secara online oleh Point of Contact (POC) yang dilantik oleh kementerian / jabatan masing-masing.

 

7. Jika sekiranya POC yang dilantik bercuti, adakah POC tersebut boleh ditukar kepada POC yang lain bagi membolehkan pegawai-pegawai dan kakitangan memohon jawatan melalui sistem ini?

  • ​Ya, boleh dan pihak kementerian / jabatan berkenaan hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan supaya proses kebenaran permohonan tidak akan terjejas.