PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN AKAUN E-DARUSSALAM

​​​1. Bilakah masa yang sesuai untuk membuat pendaftaran akaun di portal e-Darussalam?

  • ​Pendaftaran untuk mendapatkan akaun (username & password) di e-darussalam boleh dibuat pada bila-bila masa. Akaun e-darussalam adalah akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan e-Kerajaan yang disediakan seperti pembaharuan cukai jalan raya, lesen memandu, pembelian token elektrik dan termasuklah nanti, Online Recruitment.

 

​​2. Adakah saya akan diberikan username & password secara automatik sebaik sahaja saya mendaftar di e- darussalam?

  • Username yang digunakan adalah nombor Kad Pengenalan Pintar awda manakala password akan dihantar melalui emel sebaik sahaja awda mendapatkan pengesahan akaun e- darussalam di kaunter-kaunter Kerajaan yang diiktiraf. Awda adalah disarankan untuk menukar password yang diberikan kepada password yang lebih mudah bagi awda dan juga bagi tujuan keselamatan.

 

3. Bolehkah pendaftaran akaun di portal e-Darussalam dibuat selepas portal Online Recruitment diaktifkan?

  • Boleh. Bagaimanapun, bakal-bakal pemohon adalah dinasihatkan untuk memiliki akaun e-darussalam sebelum portal Online Recruitment diaktifkan bagi memudahkan bakal-bakal pemohon untuk terus menggunakan portal tersebut sebaik sahaja ianya diaktifkan.

 

4. Apakah yang perlu saya bawa semasa membuat pengesahan akaun e-Darussalam?

  • Awda hanya perlu membawa dan menunjukkan Kad Pengenalan Pintar kepada operator pengaktifan akaun di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan.

 

​5. Selain di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, adakah terdapat kaunter-kaunter lain yang dapat membuat pengesahan akaun e-Darussalam?

  • Ya, awda boleh membuat pengesahan akaun e-Darussalam di kaunter-kaunter yang disenaraikan berikut:-
Daerah Brunei Muara:
  • Jabatan Pengangkutan Darat, Beribi.
  • Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Jalan Menteri Besar.
  • Jabatan Perkhidmatan Elektrik (Cawangan Bandar Jalan Kianggeh, Cawangan Sengkurong dan Cawangan Muara).
Daerah Belait:
  • Jabatan Perkhidmatan Elektrik Cawangan Belait, Jln Pandan 1, Kuala Belait.
Daerah Tutong:
  • Jabatan Perkhidmatan Elektrik Cawangan Tutong, Jalan Bukit Bendera.
Daerah Temburong:
  • Jabatan Perkhidmatan Elektrik Cawangan Temburong, Mukim Batu Apoi.

 

6. Bagaimana tatacara untuk membaharui / menukar kata laluan (password) akaun e-Darussalam?

  • Layari laman web e-Darussalam (www.gov.bn), klik “log masuk”, isikan username dan password e-Darussalam yang sedia ada dan seterusnya klik “change password”.

 

​7. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan pengesahan akaun e-Darussalam setelah membuat pendaftaran?

  • Tempoh untuk mendapatkan pengesahan adalah tertakluk kepada bila awda membuat pengesahan di kaunter-kaunter setelah mendaftar.

 

8. Adakah had tempoh tertentu di antara membuat pendaftaran dan pengesahan akaun e-Darussalam?  

  • Tidak ada had tempoh tertentu di antara membuat pendaftaran dan pengesahan akaun e-darussalam tetapi selagi akaun yang didaftarkan tidak disahkan maka akaun tersebut belum aktif.  Ini bermakna awda belum boleh menggunakannya untuk sebarang perkhidmatan e-Kerajaan yang perlu menggunakan akaun e-darussalam seperti memohon jawatan melalui portal Online Recruitment.

9. Saya sudah mempunyai akaun e-Darussalam tetapi terlupa username dan password?

  • ​Awda tidak perlu membuat akaun baru. Username akaun awda adalah sebenarnya nombor Kad Pengenalan Pintar awda. Awda hanya perlu menghubungi Talian Darussalam 123 untuk mendapatkan password baru dan sebarang bantuan lain yang diperlukan berkenaan dengan akaun e-Darussalam awda.

10. Adakah warga Perkhidmatan Awam juga perlu untuk membuka akaun e-Darussalam?

  • ​​Ya, jika sekiranya belum mempunyai akaun e-Darussalam.​

 

11. Adakah warga Perkhidmatan Awam dikehendaki menggunakan emel Kerajaan untuk mendaftar dengan e-Darussalam?

  • Tidak.  Warga Perkhidmatan Awam boleh menggunakan emel peribadi asalkan emel yang digunakan adalah emel yang aktif.

 

12. Bagaimana caranya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendaftaran dan pengaktifan akaun e-Darussalam?