Sukacita mengumumkan bahawa iklan pertama yang akan diterbitkan melalui portal PSC Recruitment akan dikeluarkan pada 4 Mac 2015. Bagi memudahkan urusan permohonan setelah iklan dikeluarkan nanti, sila buat persediaan yang bersesuaian seperti berikut:-
Mendapatkan username dan password akaun e-darussalam.
Mengumpul dan mengimbas (scan) dokumen-dokumen seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Sijil-Sijil Kelulusan, Transkrip, Sijil Berhenti Sekolah, Curriculum Vitae (C.V.) dan lain-lain serta menyimpan di dalam format pdf.
Melengkapkan ruangan “My Profile” di portal PSC Recruitment; dan
Memuat naik dokumen-dokumen serta sijil-sijil kelulusan yang telah diimbas dan simpan dalam format pdf ke dalam ruangan “My Profile”.
Awda juga dinasihatkan untuk melengkapkan profil awda sehingga 100% dan memastikan semua maklumat yang diberikan adalah sahih dan bertepatan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian Darussalam 123 atau
hubungi kami.