Portal PSCR 2.0 adalah sistem pengambilan pekerja dalam talian yang telah dinaik taraf sebagai pemudahcara permohonan jawatan kosong di dalam perkhidmatan awam yang lebih informatif, interaktif dan mesra pengguna.
Sila semak folder Spam / Junk mail dan refresh e-mel awda. Jika e-mel masih belum diterima, sila isikan butiran dan nyatakan aduan dengan menggunakan modul Aduan Saya.
Sila hadapkan aduan melalui Talian WhatsApp +673 7371961 semasa waktu bekerja.
- Sertakan gambar awda yang jelas dengan memegang bahagian depan IC awda- Sila pastikan nombor IC dapat dibaca- Sila pastikan awda tidak memakai sungkup muka
Sebagai alternatif, pengguna bolehlah mengimbas menggunakan applikasi scanner atau pun kamera telefon bimbit. Sila rujuk Bilangan 6- Melengkapkan Profil bagi format muat naik yang dikehendaki.
Sila pastikan awda memasukkan urutan PSC Token Awda dengan betul. Jika masalah masih berlaku sila dapatkan bantuan melalui talian WhatsApp 7371961 semasa waktu bekerja.
Sila rujuk Panduan Pengguna di pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai tatacara melengkapkan profil :
https://www.recruitment.gov.bn/Panduanhttps://www.recruitment.gov.bn/FAQ Atau dapatkan khidmat bantu melalui Talian Perhubungan WhatsApp kami +673 7371961 semasa waktu bekerja / melalui Talian Darussalam 123.
Ianya adalah kerana kedua-dua sistem dibina di atas platform yang berbeza dan hanya maklumat peribadi sahaja yang dapat dipindah ke PSCR 2.0. Pemohon masih perlu melengkapkan profil mereka sebelum dapat membuat permohonan jawatan kosong nanti. Bagi Panduan dan Soalan-Soalan Lazim sila layari www.recruitment.gov.bn.
Ya, pengesahan adalah diperlukan yang mana berpandukan kepada Kad pengenalan. Terdapat dua situasi dimana profil pemohon dan kad pengenalan akan disemak bagi tujuan keselamatan iaitu semasa membuat aduan serta permohonan bagi mengubah maklumat di dalam profil dan juga semasa proses temu duga dimana profil pemohon akan disemak secara keseluruhan bagi diberikan tanda “Verified”.
Gambar hendaklah gambar sebenar serta berwarna dan bukan avatar atau illustrasi.
Awda hanya perlu mengisikan butiran pengalaman pekerjaan dan pekerjaan sekarang di dalam portal PSCR 2.0 dan memastikan rekod perkhidmatan awda di dalam sistem SSM telah dikemaskinikan.
Sila pastikan nama pada salinan dokumen tersebut tidak mengandungi simbol seperti #$/ dan lain-lain. Pastikan juga saiz dokumen adalah tidak melebihi 3MB.
Jika BULAN/TAHUN saja yang ada dinyatakan, sila isikan tarikh hujung buan sebagai contoh, 30.09.2021. Jika TAHUN saja dinyatakan, sila isikan tarikh bagi hujung tahun seperti berikut 31 Disember 2021.
Bagi Kelulusan Pendidikan Menengah perlu dimasukkan satu per satu mata pelajaran kecuali yang tidak memerlukan diisi subjek seperti Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU- Darjah 6).
Memadam atau menghapus data dan dokumen berkaitan kelulusan adalah tidak dibenarkan. Jika awda ingin mengubah data dan dokumen yang berkaitan, sila isikan butiran dan nyatakan aduan dengan menggunakan modul Aduan Saya.
PERINGATAN: Jika kelulusan awda daripada institusi swasta atau luar negeri, sila hadapkan bersama salinan (berwarna) Surat Pengiktirafan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK).
Sila ringkaskan huraian tugas awda berkemungkinan ianya terlalu panjang.
Jika masih terdapat masalah, sila cuba clear history / cache and cookies, tutup browser awda dan sila cuba untuk mengemaskini semula.
Tidak, senarai serta status permohonan yang terdahulu tidak dapat diikuti di PSCR 2.0. Kedudukan permohonan hanya boleh diikuti di laman sesawang www.spa.gov.bn melalui pautan Status Permohonan.
Di fasa satu, modul “Kedudukan Permohonan” hanya akan memaparkan senarai permohonan, Namun, di fasa kedua ianya akan dikemaskini dengan status perjalanan permohonan jawatan kosong termasuk keputusan temu duga.
Hanya warga perkhidmatan awam di dalam perkhidmatan Tetap, Sebulan ke Sebulan dan Open Vote dapat melihat iklan di bawah peraturan 38.
Pemohon yang bukan terdiri dari warga perkhidmatan awam, akan hanya dapat melihat iklan jawatan kosong di bawah Peraturan 7A.
Sila pastikan awda telah klik “Jawatan Sekarang” di ruangan “Pengalaman Kerja Kerajaan”.
Hanya yang bekerja dalam perkhidmatan Tetap, Sebulan ke Sebulan & Open Vote dapat melihat iklan di bawah peraturan 38.
Terdapat 3 jenis Pengiklanan Iklan Jawatan Kosong;
Peraturan 7(a)- dibukakan kepada orang ramai, pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan perkhidmatan awam, Negara Brunei Darussalam. Peraturan 38(a)- khusus bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di perkhidmatan awam, Negara Brunei Darussalam. Peraturan 38(b)- khusus bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian / Jabatan dimana kekosongan jawatan diiklankan.
Bagi Fasa 1, belum lagi ada modul bagi PoC. InsyaAllah, modul bagi pengesahan PoC akan diadakan bagi fasa seterusnya. Seperti yang disarankan sebelum ini. pihak Jabatan/Kementerian hendaklah membuat proses dalaman bagi mengetahui permohonan jawatan kosong pegawai dan kakitangan. Juga diingatkan untuk memastikan butiran SSM pemohon adalah sentiasa dikemaskini.
Rayuan untuk menukar tarikh hendaklah dihadapkan melalui ruangan “Aduan Saya” pada PSCR 2.0
Perlu melampirkan attachment bukti yang berkaitan sebab tidak dapat hadir seperti Sijil Cuti Sakit/Notis Pengasingan Diri Mandatori/ Perintah Kuarantin/ Persuratan mengikuti Mesyuarat/Kursus/Dokumen perjalanan keluar negeri dan lain-lain dan dihadapkan melalui e-mel query@spa.gov.bn.
Penyampaian Surat Tawaran Jawatan akan disampaikan melalui e-mel. Calon-calon adalah disarankan untuk sentiasa menyemak e-mel termasuk folder Junk/ Spam.
Salinan asal Surat Tawaran akan dihantar melalui perkhidmatan pos. Sila pastikan alamat persuratan pada profil PSC Recruitment adalah terkini dan betul.
Surat Penerimaan/ Penolakan Tawaran Jawatan kepada Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh dikembalikan melalui e-mel ulp.spa@spa.gov.bn ATAU;
Melalui Drop Box di Pintu Utama Tingkat 1, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Lapangan Terbang Lama, Berakas, Bandar Seri Begawan (Waktu bekerja sahaja iaitu hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu pukul 8.00pagi hingga 2.00petang.
Pemeriksaan kesihatan (Pre-Employment Medical Check) pada masa ini belum dapat dilakukan. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan melalui laman media sosial rasmi Instagram dan Telegram PSC.BN dari masa ke semasa. Perkara ini adalah berpandukan kepada perkembangan situasi Standard Operating Procedure terkini yang akan diumumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Untuk makluman, jika terdapat tawaran, calon akan dihubungi oleh urusetia yang berkenaan. Jika awda tidak menerima sebarang makluman mengenainya sehingga tamat tempoh tarikh calon simpanan, keputusan awda adalah dukacita.
Ya, ianya disarankan untuk membuat akaun PSC R 2.0 jika awda ingin membuat aduan melalui portal tersebut dan melihat perkembangannya di dashboard awda.